Baru sahaja muncul dengan Poco F2 Pro, kini muncul pula desas-desus mengatakan Xiaomi dalam perancangan untuk muncul dengan sebuah lagi peranti baru iaitu Poco M2 Pro. Spekulasi mengenainya kini tersebar secara meluas di media sosial.
Jika anda perasan, sebelum ini terdapat laporan mengenai Poco yang dikatakan bersedia untuk melancarkan peranti baru di India dalam masa terdekat ini. Rentetan itu, ia menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi mengatakan peranti tersebut berkemungkinan akan dilancarkan sebagai Poco M2 Pro kelak. Terdapat juga laporan mengatakan Poco M2 Pro (M2003J6CI) dilihat telah melepasi pensijilan Biro Standard India (BIS).
Tapi sayangnya, tiada lagi maklumat tertiris yang diperolehi buat masa ini. Namun begitu, peranti ini dipercayai menggunakan Bluetooth 5.0, MIUI 11 dan Android 10. Seperti biasa, maklumat ini boleh dikatakan masih di peringkat ura-ura. Benar atau tidak, kita tunggu.