Cari @ Amanz

Teknologi Anemokinetik Boleh Menghasilkan Tenaga Dari Pokok

Link Copied!

Dalam hukum termodinamik, tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Tenaga sentiasa wujud dalam alam semula jadi, sesuatu tenaga itu terjadi kerana ia telah diubah untuk kegunaan lain dan ada yang ada masalah untuk diubah. Paling kritikal adalah sumber tenaga lestari atau tenaga yang boleh diperbaharui. Ya, banyak kaedah – tetapi jika manusia tidak berdisiplin sumber tenaga ini mungkin akan habis sebelum kita lihat masa hadapan seperti dalam visual yang diperlihatkan dalam filem atau sebagainya.

Akhirnya, sumber tenaga lestari ini telah ditemui dan ia adalah sesuatu yang tiada siapa jangka. Percaya atau tidak, pokok-pokok boleh memberi tenaga elektrik? Ya, pokok yang batangnya coklat dan daunnya hijau – tidak kira apa jua pokok ianya boleh menghasilkan tenaga. Tenaga ini terhasil melalui kaedah anemokinetik, iaitu menghasilkan tenaga dari pokok-pokok yang bergerak. Untuk memperoleh tenaga ini, sejenis alatan elektronik perlu dipasang pada dahan pokok dan tenaga ini terhasil dari dahan yang berayun. Pergerakan dahan-dahan pokok ini bergantung kepada tiupan angin, saiz pokok dan juga jenis pokok. Sesaran setiap pokok yang bergerak adalah dari 1-25 cm setiap masa.

Dalam kajian yang dilakukan, setiap pokok ini boleh menghasilkan tenaga elektrik melalui alatan khas yang dibina. Sebanya 3.6V tenaga dihasilkan melalui arus elektrik 1A dalam masa 200ms. Kajian ini turut mencadangkan penggunaan untuk navigasi di luar grid. Mengumpul tenaga waktu malam, lampu LED yang terbina pada alatan khas ini akan menyala bagi membantu manusia yang keluar masuk dalam hutan (misal kata).


Komen ()