Google Maps Kini Menunjukan Waktu Menunggu Bas RapidKL Secara Masa Nyata

Google Maps Kini Menunjukan Waktu Menunggu Bas RapidKL Secara Masa Nyata

Diterbitkan pada June 18, 2020 oleh .

Menggunakan pengangkutan awam adalah lebih mesra alam dan sebenarnya menjimatkan terutamanya jika anda menggunakan kad penjimatan seperti MY30. Tetapi rungutan yang paling kerap kami baca di media sosial ialah perkhidmatan bas yang tidak konsisten dan sukar untuk mengetahui bilakah ia akan tiba.

Hari ini MyRapid mengumumkan waktu menunggu untuk pad RapidKL, Go KL, perantara LRT dan Smart Selangor yang terpilih boleh dilihat secara masa nyata menggunakan Google Maps. Secara keseluruhan hampir 170 laluan bas di Lembah Klang boleh dilihat waktu menunggunya terus menerusi aplikasi pemetaan yang cukup popular ini.

Google Maps akan memaparkan nombor bas yang perlu diambil. anggaran waktu bila ia akan tiba dan anggaran waktu bas yang seterusnya sekiranya anda terlepas bas yang ingin dinaiki.

Integrasi waktu menunggu masa nyata ke dalam Google Maps ini dilakukan oleh MyRapid kerana 60 peratus pertanyaan yang diterima daripada pelanggan bas adalah untuk mengetahui kedudukan atau kekerapan bas daripada para penumpang yang sedang menunggu.

Pada waktu ini paparan waktu menunggu hanyalah untuk perkhidmatan bas di Lembah Klang dengan pelancaran mengembangkannya ke bas perantara MRT, Rapid Penang di Pulau Pinang dan Rapid Kuantan di Pahang.



TIPS & ULASAN