Apple Dikatakan Menolak Beberapa Kali, Penerbitan Aplikasi Facebook Gaming Di App Store

Apple Dikatakan Menolak Beberapa Kali, Penerbitan Aplikasi Facebook Gaming Di App Store

Diterbitkan pada June 19, 2020 oleh .

Facebook Gaming merupakan salah satu penawaran terbaru daripada Facebook dalam memudahkan pengguna mengikuti kandungan oermainan, menstrim permuar, selain memainkan beberapa permainan terus melaluinya. Ia telah diterbitkan dalam bentuk aplikasi untuk Android, namun masih belum diumumkan untuk pengguna iPhone sehingga kini.

Menurut laporan baru, ia dikatakan Apple telah menolak penerbitan Facebook Gaming daripada App Store, sekurang-kurangnya sebanyak lima kali.

Paling terkini, Facebook dikatakan telah menghantar penawaran Facebook Gaming terbaru di App Store pada bulan lepas, tetapi masih ditolak oleh Apple.

Facebook Gaming

Ia dikatakan Apple menolaknya kerana ia melanggar terma dan syarat penawaran aplikasi, termasuk salah satunya adalah penawaran permainan kasual melaluinya.

Seperti ramai sedia maklum, ia secara tidak langsung akan bersaing dengan penjualan permainan melalui AppStore, selain bersaing dengan Apple Arcade.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah lagi pengurangan yang akan dilakukan oleh Facebook sebelum menawarkan Facebook Gaming untuk iPhone.



TIPS & ULASAN