Apple pada hari ini telah mempunyai sejumlah sistem operasi berasaskan kepada produk mereka, termasuk iPadOS untuk iPad, macOS untuk Mac, watchOS untuk Apple Watch, tvOS untuk Apple TV. Namun, untuk iPhone, ia masih mengekalkan penggunaan nama iOS. Desas-desus baru hadir kini mengatakan iOS mungkin dijenamakan semula kepada iPhone OS.
Sebelum ini, pada awal pengenalan iPhone, ia menggunakan nama iPhone OS, sebelum ia dijenamakan kepada iOS.
Buat masa ini, perkara ini boleh dikategorikan sebagai desas-desus sahaja. Namun, memandangkan mungkin Apple ingin selarikan penggunaan nama sistem operasi, tidak mustahil kita melihatnya dinamakan sebagai iPhone OS.
Apple menjadualkan acara WWDC pada minggu hadapan, dimana kita mungkin mendengar lanjut mengenai perubahan baru ini kelak.