Apple membatalkan pengecas nirwayar AirPower mereka pada Mac 2019 selepas dikatakan gagal memenuhi piawaian serta masalah melibatkan haba yang tinggi. Tetapi Mac tahun ini pula kedengaran ura-ura pembangunan dimulakan semula dengan beberapa perubahan dilakukan pada rekaan gegelung pengecaas.
Terkini Jon Prosser muncul lagi dengan imej terkini AirPower yang diberi nama kod C68. Menurut beliau imej prototaip di atas menunjukkan pengecas nirwayar ini mampu mengecas Apple Watch dan AirPods secara serentak. Sebelum ini menurut beliau prototaip AirPower baharu tidak boleh mengecas Apple Watch.
Tambah beliau lagi cip Apple A11 digunakan pada prototaip untuk mengawal haba ketika mengecas. Ini ialah cip yang digunakan pada iPhone 8, 8 Plus dan X tiga tahun yang lalu. Perubahan yang dilakukan setakat ini ialah mengurangkan jumlah gegelung dan pertindanan antara gegelung. Apple diramalkan menjual AirPower baharu ini pada suku keempat 2020 atau awal 2021 pada harga $250 (~RM1070).
Well, you guys wanted a better picture of “C68”… 😏
Remember how I said that the main problem was that current prototypes didn’t support Apple Watch?
Yeah.
Well.They got the Watch working… 👀 pic.twitter.com/LvBeNAAtt3
— Jon Prosser (@jon_prosser) June 18, 2020
AirPower bebeza dengan pengecas nirwayar lain kerana tidak mempunyai zon khas untuk mengecas. Sebaliknya sehingga tiga peranti boleh dicas serentak apabila diletakkan pada mana-mana permukaan AirPower. Pemilik kemudian boleh memantau tahap pengecasan peranti secara masa nyata dari peranti Apple mereka yang lain.