Di Malaysia pemakaian pelitup muka adalah wajib di pasar raya, restoran dan pusat membeli belah. Anda boleh dihalang dari memasuki premis tanpanya. Ia dapat mengurangkan risiko penyebaran Covid-19 tetapi kami mengalami masalah sukar bernafas apabila memakainya. Di Jepun Lacunal telah dihasilkan bagi memudahkan proses pernafasan dengan pelitup muka.
Lacunal disambungkan ke bahagian atas pelitup muka dan menjadi “jambatan” di antara hidung dan dagu. Ruang udara yang terhasil memudahkan proses pernafasan kerana pelitup muka tidak terlalu hampir dengan rongga hidung. Alat ini dihasilkan menggunakan pencetak 3D dan direka oleh Kazunori Takeishi dari Jepun. Ia kini dijual pada harga $28 (~RM120) sebuah.
Idea yang cukup menarik kerana proses bernafas menggunakan pelitup muka biasa adalah sukar terutamanya jika sedang melakukan aktiviti sukan atau kerja berat di luar sehingga mengakibatkan peluh membuatkannya melekat pada wajah.