Cari @ Amanz

OnePlus tahun lepas telah melancarkan televisyen mereka, ia adalah televisyen pintar premium yang menggunakan skrin QLED. Televisyen pula telah dirancang sejak tiga tahun lepas dan akhirnya menjadi realiti. Sedar dengan permintaan ramai televisyen mereka, walaupun hanya dilancarkan di India sahaja pada awalnya – mereka dilihat sudah bersedia untuk teruskan lagi usaha ini dengan merancang untuk lancarkan beberapa variasi televisyen lain.

OnePlus TV

Siri premium mereka adalah siri Q1, dan melalui forum rasmi mereka – akan terdapat versi kelas pertengahan dan kelas permulaan untuk televisyen mereka tidak lama lagi. Sudah pasti, ia akan dijual dengan harga mampu milik. Tetapi ia menimbulkan persoalan, bagaimanakah harga-ke-prestasi televisyen pintar mereka ini kelak? OnePlus menjelaskan yang mereka akan tetap berikan kualiti paparan yang hebat walaupun harga jualan adalah murah.

2 Julai kelak adalah tarikh di mana dua variasi baru televisyen ini akan diperkenalkan. Televisyen mereka ini akan menyokong tetapan warna DCI-P3 untuk kandungan HDR berkualiti, menggunakan teknologi OnePlus Cinematic Display yang mempunyai gamut warna DCI-P3 93%, sokongan enjin gamma untuk warna yang lebih jitu dan juga sistem audio Dolby Vision. Harga dan rekaan hanya akan diumumkan kelak dan tidak pasti lagi sama ada pasaran televisyen mereka ini terhad di India atau akan diperluas ke negara lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd