Google mempunyai nama domain “xxx.new” untuk akses pantas ke beberapa perkhidmatan mereka seperti Google Doc, Sheet, Slide, Google Calendar atau juga Google Keep. Ia adalah satu akses pintas yang mudah untuk memulakan sesuatu dokumen atau mencatat nota.
Oh, and https://t.co/SwjpncUE5U works too.
You're welcome. https://t.co/nymOzf9tYn
— Javier Soltero šµš· (@jsoltero) June 18, 2020
Dengan pengenalan Google Meet, iaitu perkhidmatan telesidang mereka – Google turut membenarkan pengguna melayari “meet.new” untuk terus memulakan panggilan video atau memulakan telesidang baru dengan mudah dan pantas. Dengan pengenalan akses pintas ini, ia akan selari dengan perkhidmatan lain mereka seperti docs.new, sheets.new, slides.new. sites.new, forms.new, dan website.new.