Cari @ Amanz

Untuk menulis sesuatu topik kami biasanya akan mengumpul idea dalam bentuk gambar dan artikel terlebih dahulu. Pautan yang relevan akan kami simpan di dalam senarai peribadi di pelayar web. Tetapi apakah akan terjadi jika kesemua pautan mengenai  sesuatu topik ini boleh dikongsi kepada semua dengan lebih mudah. Ini ialah idea di sebalik Keen, sebuah laman web baharu dari Google.

Menerusi Keen pengguna boleh mengumpul pautan laman web mengenai minat peribadi secara setempat. Keen kemudian akan mempelajari minat anda dan kemudiannya akan memberikan saranan pautan laman yang mungkin menarik minat anda. Pengguna masih bebas menambah pautan subjek kegemaran secara manual tetapi Keen akan masih memberikan saranan setiap hari.

Pengguna Keen kemudian boleh berkongsi koleksi mereka dengan pengguna lain. Dengan kata lain Keen boleh dilihat sebagai pesaing kepada Pinterest tetapi turut menyertakan artikel dan bukan sahaja gambar. Keen boleh diakses menerusi laman web ataupun aplikasi Android pada waktu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd