Redmi 9A masih belum dilancarkan tetapi ia dijangka adalah peranti kelas permulaan mampu milik. Sungguhpun begitu peranti ini telahpun melepas pengesahan SIRIM semalam menandakan ia pastinya akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat.
Peranti ini menggunakan kod model M2006C3LG dengan sokongan WiFi 802.11b/g/n, Bluetooth, GPS dan dwi SIM. Ia turut dilaporkan dilengkapi 4900m, sistem operasi Android 10, dwi-kamera dan skrin sebesar 6-inci. Redmi 9 baru sahaja dilancarkan minggu ini di Malaysia pada harga bermula RM499. Maka kita boleh meramalkan harga jualan Redmi 9A kelak pastinya lebih mampu milik tetapi mengekalkan pemproses MediaTek Helio G80 yang sama. Ini dilakukan oleh Redmi tahun lalu dengan Redmi 8 dan 8A hanya berbeza pada spesifikasi kamera.