Cari @ Amanz

Cradle Memperkenalkan Dua Geran Pelaburan Dalam Membantu Syarikat Pasarkan Inovasi Dengan Pantas

Oleh Aman

Link Copied!

Cradle Fund, salah satu badan pelabur yang sedia melabur pada sejumlah syarikat teknologi tempatan, kini telah memperkenalkan dua lagi program pelaburan baru dalam bentuk geran, iaitu CIP Ignite dan juga CIP Accelerate. Kedua-duanya ditawarkan dalam usaha membantu syarikat tempatan dalam komersilkan inovasi mereka dengan cepat dan lebih efisien.

CIP Ignite ditujukan kepada syarikat startup kecil dengan bantuan geran sehingga RM500,000. Ini dijangka membantu dalam pembangunan inovasi berasaskan teknologi baru, selian pada masa yang sama memudahkan syarikat menghasilkan nilai lebih baik untuk pasaran.

Selain itu, CIP Accelerate pula menawarkan pelaburan sehingga RM2 juta, dan membantu syarikat untuk komersilkan kajuan daripada universiti atau institusi kajian, atau pembangunan teknologi mendalam.

Cradle menawarkan geran pelaburan ini untuk syarikat dibawah pelbagai sektor, merangkumi syarikat tempatan yang mempunyai pemilikan tidak kurang 51%, dan pendapatan tidak melebihi RM5 juta.

Cradle mengatakan mereka telah membuat pelaburan pada lebih 1000 syarikat teknologi tempatan, termasuk antaranya adalah iMoney, EasyParcel, TheLorry, RunCloud, MauKerja, StoreHub, dan sebagainya. Dengan penawaran geran baru ini, ia dijangka akan membuatkan lebih banyak idea dan inovasi baru dihasilkan syarikat dan usahawan tempatan – dan komersilkannya untuk penggunaan global.

Anda yang berminat, boleh membuat permohonan untuk geran ini melalui laman Cradle hari ini.


Komen ()