Cari @ Amanz

Realme Malaysia kini telah mengumumkan mereka akan memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Melalui perkongsian pihak Realme, telefon pintar ini dilihat akan dijana menggunakan cip Helio G35.

Cip pemprosesan dengan siri-G daripada MediaTek menawarkan pengoptimasian tambahan khusus untuk permua. Info penuh mengenai cip pemprosesan terbaru MediaTek ini masih tidak diketahui lagi. Ia juga tidak diketahui lagi apakah model telefon pintar Realme yang akan menggunakan cip pemprosesan ini.

MediaTek Helio G35

Sebelum ini, Realme telah memperkenalkan telefon pintar dengan cip Helio G70, iaitu Realme C3 yang dipasarkan pada harga RM499 di Malaysia. Sekiranya penggunaan angka memainkan peranan, maka Helio G35 mungkin berkuasa lebih rendah, dan mungkin menawarkan peranti pada harga lebih rendah lagi.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan pihak Realme melalui telefon pintar terbaru mereka akan datang ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd