Cari @ Amanz

Gergasi teknologi sering aktif dalam pengambil-alihan syarikat-syarikat dan teknologi lain dalam terus menambah-baik perkhidmatan mereka. Terbaru, Facebook kini telah mengambil-alih perkhidmatan pemetaan dinamakan Mapillary.

Mapillary merupakan sebuah platform yang memfokuskan kepada pemetaan jalan seumpama Google Street View. Ia menghimpunkan data daripada pengguna yang boleh memuat-naik ke platform berkenaan. Maplilary membolehkan pengguna menambah rakaman daripada telefon pintar atau kamera mereka, dan ia menggunakan teknologi dalam mengabungkan serta mencantum imej, sekaligus menawarkan pengalaman pelayaran yang baik.

Dengan pengambil-alihan ini, Mapillary kini turut menawarkan penggunaan perkhidmatan mereka secara percuma untuk pengguna komersil. Kelak, kita mungkin turut melihat penyertaan data daripada Mapillary pada perkhidmatan Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd