Cari @ Amanz

Huawei Malaysia kini telah mengumumkan penawaran tablet terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei MatePad Pro 5G. Tablet ini hadir dengan sejumlah penawaran premium, dan turut menyertakan sokongan selular dengan kebolehan rangkaian 5G.

Huawei MatePad Pro 5G ini hadir dengan skrin 10.8-inci, dijana cip Kirin 990, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Ia turut dilengkapi kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel, selain sokongan audio yang dioptimasikan Harman/Kardon.

Tablet ini dipasarkan sebagai tablet dengan rangkaian 5G terawal untuk Malaysia. Walaupun rangkaian 5G masih belum tersedia, ia akan menjadi salah satu tablet yang menawarkan latar penggunaan lama, dan tersedia apabila rangkaian 5G ditawarkan secara komersil di Malaysia dalam setahun dua lagi.

Tablet ini turut hadir dengan beberapa ciri-ciri seperti kemudahan integrasi bersama telefon pintar, input berasaskan M-Pencil, dan sokongan panggilan video Huawei MeeTime.

Huawei MatePad Pro 5G

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan tablet ini di Malaysia pada harga RM3299 bermula 26 Jun 2020 ini. Pembelian juga akan hadir dengan penawaran Huawei Video selama tiga bulan, selain storan Huawei Cloud 50GB untuk 12 bulan. Huawei menawarkan M-Pencil secara percuma, tetapi papan kekunci magnetik perlu dibeli berasingan.

Sekiranya anda inginkan alternatif tanpa keperluan rangkaian selular 5G, anda turut boleh mendapatkan Huawei MatePad Pro biasa pada harga RM2399.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd