Cari @ Amanz

Realme C11 Adalah Telefon Realme Akan Datang Ke Malaysia Dengan MediaTek Helio G35

Oleh Aman

Link Copied!

Realme semalam telah mengacah pengenalan telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, dan mengatakannya bakal hadir dengan MediaTek Helio G35. Lanjutan daripadanya, kini pihak Realme turut telah mengesahkan nama untuk telefon pintar berkenaan, iaitu Realme C11.

MediaTek Helio G35

Buat masa ini, info penuh mengenai telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Dari segi angka penggunaan cip pemprosesan Helio G35, ia berkemungkinan adalah peranti berspesifikasi asas daripada Realme – dan mungkin berharga lebih rendah berbanding Realme C3.

realme C11

Tarikh pelancaran telefon pintar Realme C11 ini masih tidak diketahui lagi. Tetapi, memandangkan Realme telah mula mengacahnya, maka kita mungkin melihat pelancarannya di Malaysia dalam beberapa minggu lagi.


Komen ()