Cari @ Amanz

Anda Akan Menerima Diskaun Sehingga RM231 Untuk Bil Elektrik TNB Pada Julai 2020

Oleh Aman

Link Copied!

Kerajaan hari ini telah mengumumkan Bantuan Prihatin Elektrik, sekaligus menawarkan diskaun sebanyak RM231 untuk 7.66 juta pengguna domestik TNB di Semenanjung Malaysia.

Seperti ramai sedia maklum, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, lebih ramai pengguna menggunakan peralatan elektronik sepanjang masa di rumah, sekaligus memperlihatkan peningkatan pada bil bulanan. Hal ini membawa kepada keluhan pengguna, dan kini kerajaan hadir dengan pakej bantuan tambahan kepada pengguna.

Untuk tujuan berkenaan, Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) diumumkan, yang mana akan menawarkan potongan sebanyak RM231 pada bil bulan Julai 2020 kelak. Kiraan ini mengambil-kira penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama sebulan bernilai RM77 untuk tiga bulan (April, Mei dan Jun). Ini sekaligus membawa kepada jumlah keseluruhannya sebanyak RM231 yang akan dikreditkan sekaligus pada bil bulan Julai 2020 kelak. Secara tidak langsung, ini akan membantu mengurangkan beban pengguna untuk membayar bil elektrik selama tiga bulan (april, Mei dan Jun 2020) yang mungkin sedikit tinggi berbanding kebiasaan.

Diskaun TNB Julai 2020

TNB mengatakan jumlah ini akan dimasukkan sekaligus pada bil bulan Julai 2020 kelak. Sekiranya pengguna telah sedia membuat bayaran pada April, Mei dan Jun, maka lebihan bayaran untuk ketiga-tiga bulan tersebut akan dikreditkan ke akaun bil Julai 2020. Bantuan ini adalah hanya untuk pelanggan domestik sahaja.

Pada masa yang sama, kerajaan turut mengumumkan yang mana TNB akan menangguhkan pemotongan bekalan elektrik sehingga 30 September 2020 kelak. Juga, tiada sebarang caj lewat bayar untuk tempoh 18 Mac 2020 sehingga 30 September 2020 kelak.


Komen ()