Carian
Apple Dijangka Menambah Mod Kanak-Kanak Pada Apple Watch
June 21, 2020 Aman

Apple Watch merupakan salah satu penawaran jam tangan pintar yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Terbaru, Apple dijangka akan mengumumkan beberapa ciri-ciri baru untuk jam tangan pintar berkenaan pada acara WWDC yang dijadualkan minggu ini.

Salah satu perkara yang dijangka diumumkan oleh Apple untuk Apple Watch melalui watchOS 7 kelak adalah ciri mod kanak-kanak atau Kids Mode.

Dengan mod khusus ini, ia membolehkan kanak-kanak menggunakan jam tangan berkenaan dan memberikan akses kepada ibu bapa untuk memantau aktiviti anak-anak mereka.

Ia juga dijangka menawarkan pengoptimasian dalam membuatkan kanak-kanak mencapai sasaran, termasuk muka jam khusus untuk mod kanak-kanak. Langkah ini dijangka akan menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat berbanding kebiasaan.

Apple menjadualkan WWDC pada minggu ini, dimana selain watchOS, mereka turut dijangka berkongsi lanjut mengenai penawaran perisian lain daripada Apple.

Komen