Carian
MacBook Pro 13-inci Menggunakan Cip Apple Tersendiri Mungkin Hadir Seawal Penghujung 2020 Ini
June 22, 2020 Aman

Apple telah diperkatakan bakal memperkenalkan cip pemprosesan mereka tersendiri berasaskan ARM, menggantikan penggunaan cip Intel pada masa kini. Selari dengannya, kini hadir laporan baru daripada penganalisa Ming-Chi Kuo, menyasarkan komputer menggunakan cip Apple tersendiri ini mungkin hadir seawal penghujung 2020 ini.

Ia diperkatakan, dua model akan diperkenalkan, iaitu MacBook Pro 13-inci dan juga sebuah iMac dengan skrin 24-inci. Apple dijangka mungkin hadir dengan MacBook Pro seawal penghujung 2020 tahun ini, atau mungkin pada suku pertama 2020 kelak.

Cip pemprosesan baru ini dijangka menawarkan prestasi hampir antara 50-100% lebih tinggi berbanding penggunaan cip Intel.

Apple dilihat memilih untuk menggunakan cip pemprosesan sendiri dalam usaha mengawal pembangunan untuk lebih efisien, mengoptimasian penawaran komputer mereka, selain pada masa yang sama menjadualkan pengenalan ciri-ciri baru macOS dengan lebih baik berbanding pada hari ini.

Penggunaan cip berasaskan ARM juga dijangka menawarkan prestasi penggunaan bateri lebih lama, selain rekaan peranti lebih nipis.

Apa pun, buat masa ini, ia hanya sekadar jangkaan awal penganalisa sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan diperkenalkan seawal penghujung tahun ini atau tidak.

Komen