Carian
Acura TLX Dilengkapi Beg Udara Berbentuk Sarung Tangan Bola Lisut
June 22, 2020 Effi Saharudin

Beg udara diperkenalkan pada kereta sekitar 1972 oleh Ford untuk memberikan perlindungan tambahan apabila berlakunya kemalangan. Sejak diperkenalkan pelbagai rekaan dan inovasi baharu diperkenalkan bagi memastikan penumpang dapat keluar dari kenderaan pasca kemalangan tanpa sebarang kecederaan.

Acura telah memperkenalkan rekaan baharu beg udara yang berbentuk bakul untuk memberikan perlindungan sisi. Apabila berlaku kemalangan, tidak beg udara akan dikembangkan serentak. Satu di hadapan dan dua lagi pada bahagian sisi. Kedua-dua beg udara ini menjadi sayap sisi yang memastikan kepada penumpang hadapan terlindung.

Beg udara rekaan baharu ini digunakan pada Acura TLX 2021 sahaja pada waktu ini. Dengan beg udara yang mendapat inspirasi dari sarung tangan bola lisut ini, perlindungan yang lebih menyeluruh dapat diberikan kepada penumpang.

Komen