Cari @ Amanz

Samsung dijangka memperkenalkan barisan tablet terbaru keluarannya tidak lama lagi. Mereka dijangka muncul dengan sekurang-kurangnya dua buah model iaitu Samsung Galaxy Tab S7 dan Samsung Galaxy Tab S7+. Maklumat tertiris mengenainya juga semakin banyak didedahkan.

Kini, terdapat satu lagi laporan yang mendakwa Samsung Galaxy Tab S7+ mungkin dibekalkan dengan bateri berkapasiti 10,090mAh. Maklumat ini didedahkan menerusi satu ciapan yang dibuat pengguna Twitter, @smartvenkat95. Dalam ciapan yang sama, ia juga mendedahkan bahawa peranti ini telah menerima pengiktirafan daripada TÜV Rheinland dan Safety Korea.

Dengan pendedahan ini, ia dapat memberikan kita gambaran kasar bahawa perbezaan antara Samsung Galaxy Tab S7 dan Samsung Galaxy Tab S7+ terletak pada saiz paparan serta bateri. Di mana, sebelum ini terdapat maklumat bocor mendakwa Samsung Galaxy Tab S7 mungkin dibekalkan bateri 7,760mAh.

Seperti biasa maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura. Namun, tablet terbaru Samsung ini dipercayai menawarkan paparan AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, selain dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 865.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd