GrabMart Instant Retail Menawarkan Penghantaran Barangan Dalam Masa 30 Minit

GrabMart Instant Retail Menawarkan Penghantaran Barangan Dalam Masa 30 Minit

Diterbitkan pada Jun 22, 2020 oleh .

Perkara paling penting dalam perkhidmatan ialah tempoh masa yang diambil. Manusia moden tidak lagi mahu menanti lama untuk dilayan atau menerima produk yang dipesan. Hari ini perkhidmatan GrabMart Insant Retail telah diumumkan dengan sasaran menghantar produk yang dihantar dalam masa kurang 30 minit.

Menerusi perkhidmatan ini produk seperti produk kesihatan, kecantikan. hadiah dan permainan ditawarkan dengan masa penghantaran yang lebih pantas. Sebelum ini masa yang diambil untuk menghantar barangan yang dipesan menerusi GrabMart ialah di antara 40-60 minit.

Menerusi GrabMart pengguna boleh memesan barangan runcit dari rumah tanpa perlu keluar. Sempena pelancarannya, GrabMart menawarkan tawaran 20% kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini.



Paling Popular