Cari @ Amanz

Honor X10 Max Bakal Diperkenalkan Di China Pada 2 Julai Kelak

Link Copied!

Selepas muncul dengan siri Honor X10 sekitar Mei lalu. Terkini, Honor bakal menambah sebuah lagi ahli baru di bawah siri yang sama dikenali sebagai Honor X10 Max. Tarikh pelancaran juga telah dikongsi, di mana ia dijadualkan berlangsung di China pada 2 Julai kelak.

Selain daripada itu, spesifikasi peranti juga didakwa telah tertiris. Di mana, peranti ini dipercayai mempunyai paparan bersaiz 7.09-inci FHD+ dengan rekaan skrin bertakuk kecil. Ia juga dikhabarkan menggunakan cip MediaTek Dimensity 800 (MT6873), perisian Magic UI 3.1.1 berasaskan Android 10 dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W.

Seterusnya, ia juga dipercayai  menggunakan kamera utama dengan lensa 48-Megapixel di belakang dan kamera hadapan 8-Megapixel. Pada masa sama, peranti ini juga dikatakan telah tersenarai awal dalam kedai atas talian JD.com. Namun, penawaran harga masih menjadi tanda tanya.


Komen ()