Carian
Spesifikasi Penuh Mi TV Stick Tertiris – Hadir Dengan 2 Variasi, Sokongan 4K & Harga Serendah Sekitar RM209
June 22, 2020 Fahim Zahar

Mi TV Stick dilihat akan dilancarkan tidak lama lagi. Ia adalah variasi baharu kotak set Android TV dari Xiaomi bagi menggantikan Mi Box S yang sudah bertahun hadir di pasaran tanpa sebarang pengganti. Nama Mi TV Stick ini jelas sekali memberitahu, yang ia adalah dalam bentuk tangkai atau dongel seperti Fire TV Stick dari Amazon.

Baru-baru ini spesifikasi penuh bagi Mi TV Stick telah tertiris dan ia dilihat menawarkan dua variasi, satu versi FHD dan satu lagi versi 4K. Versi FHD dilihat dikatakan dijual pada harga $49 (~RM209), mempunyai memori 1/8 GB, cip pemprosesan 2.0GHz dengan cip grafik Mali-450, Android TV berasaskan Android 9.0, masih berasaskan Bluetooth 4.2, Google Assistant terbina, menyokong sistem audio Dolby Audio dan DTS Surround Sound, WiFi dwi-band, HDMI 2.0a dan juga microUSB untuk kuasa.

Versi 4K dilihat dijana dengan cip Amlogic S905Y2 dengan cip grafik Mali-G31 MP2, memori 2/8 GB dan harga jualan $133 (~RM568). Kedua-duanya turut mempunyai alat kawalan jauh tersedia dengan butang akses pantas ke Netflix dan Prime Video. Dari segi prestasi ia mungkin tidak begitu banyak beza dengan Mi Box S, tetapi apa yang menarik pada Mi TV Stick ini adalah rekaan – jadi dengan memasangnya di belakang atau sisi TV, suasana tidak akan serabut dan lihat lebih minimal.

Komen