Cari @ Amanz

Skor Penanda Aras Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 Tertiris – Jauh Lebih Berkuasa Berbanding RTX 2080 Ti

Oleh Nazrin

Link Copied!

NVIDIA dijangka mengumumkan siri kad grafik terbaru mereka yang berdasarkan cip pemprosesan grafik Amprere tidak lama lagi. Malah, terdapat beberapa laman yang melaporkan NVIDIA akan memperkenalkan kad grafik baru.

Baru-baru ini sebuah kad grafik NVIDIA Ampere telah diuji menggunakan perisian penanda-aras 3D Mark menggunakan ujian Time Spy yang menguji kemampuan menggerakkan grafik menggunakan API grafik Directx 12.

Melalui sebuah salinan skrin yang tertiris ke laman web VideoCardz, ia dilihat bahawa kad grafik tersebut mempunyai skor yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti.

Skor Time Spy kad grafik tersebut adalah 18,664, iaitu 31 peratus lebih tinggi daripada MSI RTX 2080 Ti Lightning Z pada 15,079. Pada masa ini, ia masih tidak diketahui lagi jika kad grafik yang diuji ini ialah NViDIA GeForce RTX 3080 Ti ataupun GeForce RTX 3090 yang sedang hangat diperkatakan.


Komen ()