Xiaomi Bakal Hadir Dengan Tetikus Yang Menyokong Pengecaman Suara

Xiaomi Bakal Hadir Dengan Tetikus Yang Menyokong Pengecaman Suara

Diterbitkan pada June 22, 2020 oleh .

Xiaomi tidak lagi asing dalam dunia pengkomputeran dengan menjual pelbagai aksesori komputer, menjual komputer riba dan banyak lagi. Xiaomi sudah ada banyak versi tetikus dari yang premium, mampu milik, dan juga untuk permainan video. Malah ada juga variasi yang mempunyai pengimbas cap jari terbina.

Terkini, Xiaomi dilihat bakal hadir pula dengan tetikus yang mempunyai mikrofon terbina untuk pengecaman suara. Nama tetikus ini disenaraikan sebagai Mi Smart Mouse, dan Bluetooth SIG baru sahaja meluluskan produk ini. Secara tidak langsung, ini adalah tetikus nirwayar berasaskan Bluetooth dan bukannya USB. Model tetikus ini dilihat adalah XASB01ME, mempunyai 4000 DPI, sokongan pertejemahan bahasa dan juga berkemungkinan sekali boleh digunakan untuk menyeru Siri, Cortana atau Alexa.

Harga dan tarikh jualan masih tidak diketahui, tetapi jika ia sudah tiba – yang pasti ia akan dijual di China terlebih dahulu.



TIPS & ULASAN