Cari @ Amanz

Spotify tidak dinafikan adalah perkhidmatan penstriman muzik yang popular. Ramai yang menggunakan perkhidmatan ini, banyak muzik dan podcast disertakan dan ia mesra pengguna tidak kira pada platform telefon pintar, televisyen, sistem inforia pada kereta atau juga mod memandu. Spotify selama ini hanya bersaing dengan sengit dengan Apple Music, tetapi selepas YouTube meluaskan lagi pasaran YouTube Music dengan penawaran yang lebih baik – ramai buntu ingin pilih yang mana.

Terkini, Spotify berkemungkinan besar sekali akan menyertakan muzik video penuh pada platform mereka. Ini adalah kerana YouTube Music apabila memainkan sesuatu muzik, hanya dengan tatalan yang mudah – muzik video rasmi boleh dimainkan. Selama ini Spotify hanya ada Canvas & Album Art sahaja, yang mana adalah untuk klip video pendek dan seni album rasmi. Peniris aplikasi terkenal Jane Wong, telah menemui bahagian khusus untuk video pada aplikasi Spotify. Walau bagaimanapun, bahagian ini masih dalam ujian dan tiada video muzik yang dipaparkan.

Ini bermakna, Spotify jelas takut dengan YouTube Music dan berusaha sedaya upaya mereka untuk bersaing dengan baik agar pengguna mereka tidak lari ke platform lain. Apple Music walau bagaimanapun, bukan lagi pesaing sengit kerana bahagian video muzik mereka adalah berbeza dan adalah dalam bentuk tersendiri – yang mana pengguna perlu cari sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd