Cari @ Amanz

Realme C11 Bakal Dilancarkan Pada 30 Jun 2020 – Dijana Helio G35, Bateri Besar

Oleh Aman

Link Copied!

Realme Malaysia kini telah mengumumkan mereka akan melancarkan Realme C11 secara rasminya untuk pasaran tempatan pada 30 Jun 2020 kelak. Seperti diacah sebelum ini, ia bakal hadir dengan dijana cip Helio G35, sekaligus menjadikannya antara telefon terawal dengan cip pemprosesan berkenaan.

Realme C11 30 Jun

Buat masa ini, info penuh mengenai telefon pintar ini masih tidak diketahui. Melalui perkongsian terbaru pihak Realme Malaysia, mereka mengatakan telefon pintar ini akan hadir dengan bateri berkapasiti besar.

Realme menjadualkan tarikh 30 Jun 2020 ini, dimana kita akan mendengar lanjut mengenai spesifikasi dan apakah yang bakal ditawarkan oleh telefon pintar berspesifikasi asas ini.


Komen ()