Apple iOS 14 Membawa Sokongan Menambah Widget Ke Skrin Utama iPhone

Apple iOS 14 Membawa Sokongan Menambah Widget Ke Skrin Utama iPhone

Diterbitkan pada Jun 23, 2020 oleh .

Apple hari ini telah mengadakan acara WWDC secara atas-talian, sekaligus memperkenalkan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya. Apple memulakan acara maya yang diadakan julung kalinya ini dengan pengenalan beberapa ciri-ciri baru pada iOS 14 yang akan menjana iPhone.

Salah satu ciri baru yang diumumkan adalah kebolehan menambah widget terus pada skrin utama di iPhone. Dengan langkah ini, ia memudahkan lagi pengguna mengikuti kemaskini dengan pantas.

Apple iOS 14

Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini widget dipaparkan pada sebuah halaman skrin khas, tetapi kini anda boleh menambahnya di mana-mana bahagian skrin utama – bersama-sama paparan ikon yang lain.

Beberapa variasi saiz widget disediakan dalam memudahkan anda menyusun skrin anda dengan lebih kepas lagi – bergantung kepada bentuk kandungan dan kemaskini yang anda ingin lihat.

Kemaskini baru ini bakal hadir pada iOS 14 untuk iPhone yang dijangka ditawarkan dalam masa beberapa bulan lagi.



Paling Popular