Cari @ Amanz

Bersama pengenalan beberapa ciri-ciri baru untuk iOS 14, Apple turut mengumumkan sebuah ciri baru dinamakan App Clips. Melalui ciri ini, Apple ingin memudahkan anda menggunakan sesuatu ciri-ciri daripada sesuatu aplikasi, tanpa memasang penuh aplikasi berkenaan.

Apple App Clips

App Clips membolehkan anda mengaksesnya serta-merta dengan mengimbas kod QR atau NFC, sekaligus turut menjadikannya agak menarik untuk digunakan dan dipasarkan oleh pembangun – terutamanya kedai dan sesuatu lokasi. Memandangkan ia tidak memerlukan pengguna memasang penuh aplikasi, ia mungkin menarik lebih ramai pengguna untuk menggunakan sesuatu ciri-ciri khas daripada aplikasi dalam menyelesaikan tugasan mereka.

Dari segi penggunaan, sebagai contoh, sekiranya anda ingin membayar parkir majlis perbandaran, anda hanya perlu mengimbas kod QR, dan membuat bayaran parkir anda – berbanding keperluan memasang keseluruhan aplikasi untuk penggunaan sementara sahaja.

Selain imbasan kod QR dan NFC, ciri ini juga boleh diakses melalui perkongsian pautan khusus melalui permesejan atau pelayar web.

Apple turut menekankan ciri App Clips turut memfokuskan kepada sokongan privasi – sama seperti penawaran melalui kedai aplikasi mereka yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd