iOS14 – Panggilan Telefon Dan Siri Kini Tidak Menganggu Penggunaan iPhone – Tidak Lagi Mengaktifkan Paparan Skrin Penuh

iOS14 – Panggilan Telefon Dan Siri Kini Tidak Menganggu Penggunaan iPhone – Tidak Lagi Mengaktifkan Paparan Skrin Penuh

Diterbitkan pada June 23, 2020 oleh .

Sehingga kini, apabila anda menerima panggilan telefon di iPhone, atau mengaktifkan Siri, atau menerima panggilan FaceTime, ia akan mengambil paparan penuh skrin – sekaligus menganggu pengalaman penggunaan iPhone seperti ketika melayari web dan sebagainya.

Terbaru, melalui iOS 14, Apple dilihat mengatasi masalah ini, dan memaparkan notifikasi dalam paparan saiz lebih kecil.

Apple iOS 14

Langkah ini sekaligus tidak menganggu penggunaan yang lain, dan memudahkan pengguna meneruskan penggunaan seperti biasa.

Kemaskini baru ini akan hadir bersama-sama ciri-ciri seperti widget di skrin utama, App Clips dan sebagainya melalui iOS 14 kelak.



TIPS & ULASAN