Carian
Apple watchOS 7 Hadir Dengan Sokongan Pemantauan Corak Tidur
June 23, 2020 Aman

Pada acara WWDC yang diadakan secara maya hari ini oleh pihak Apple, mereka telah berkongsi sejumlah kemaskini baru memfokuskan perisian untuk pelbagai peranti mereka. Tidak ketinggalan adalah berkaitan dengan kemaskini perisian untuk jam tangan pintar yang menjalankan sistem operasi watchOS.

Sistem operasi baru yang akan hadir daripada Apple untuk Apple Watch ini kelak adalah watchOS 7. Salah satu ciri baru yang akan hadir padanya adalah kemudahan untuk pemantauan corak tidur pengguna.

Melaluinya, anda boleh melihat kualiti tidur anda, mengenal-pasti sebarang pergerakkan, dan mengetahui anda tidur dengan nyenyak atau sebaliknya.

Apple Watch Tidur

Disamping itu, watchOS 7 juga akan menyertakan sokongan untuk mengenal-pasti sama ada anda sedang membasuh tangan atau tidak, dan menyertakan kiraan untuk memastikan anda membasuh dengan betul.

Pada masa yang sama, Apple turut mengumumkan yang mana aplikasi Activity pada watchOS akan dijenamakan kepada “Fitness”, dan menyertakan sejumlah penambahan kenal-pasti aktiviti baru melaluinya.

watchOS 7 dijangka hadir kepada pengguna dalam beberapa bilan lagi, dan akan ditawarkan kepada pengguna Apple Watch Series 3 dan terbaru.

Komen