Cari @ Amanz

Apple macOS Akan Datang Bakal Dikenali Dengan Nama “Big Sur”

Oleh Aman

Link Copied!

Selain pengenalan sistem operasi generasi baru untuk peranti mudah-alih dan juga jam tangan pintar, Apple turut telah mengumumkan pengenalan macOS akan datang, yang dikenali dengan nama “Big Sur”.

Big Sur

Kemaskii baru untuk macOS ini memperlihatkan sedikit kemaskini dari segi elemen rekabentuk, yang menjadikannya lebih kemas berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, pelbagai aplikasi turut menerima kemaskini menyertakan sejumlah ciri-ciri baru.

Apple turut membawa kemaskini Messages kepada macOS, selain pelayar web Safari yang menerima kemaskini memfokuskan kepada privasi. Safari juga akan menyertakan rekaan halaman utama yang dikemaskini, sekaligus memudahkan penemuaan kandungan dan melihat akses privasi serta sebagainya.

Big Sur MacOS Safari

Apple juga turut membuka beberapa API baru kepada pembangun, sekaligus memudahkan para pembangun membawa aplikasi dari iOS atau iPad OS ke Mac.

Kemaskini baru macOS ini akan diperkenalkan kepada pengguna dalam beberapa bulan lagi.


Komen ()