iPad OS merupakan sistem operasi yang dioptimasikan oleh Apple, dan ditawarkan khusus untuk pengguna tablet mereka, iPad. Terbaru, Apple telah pun mengumumkan iPadOS 14 yang bakal ditawarkan untuk semua dalam beberapa bulan lagi.
iPadOS 14 menawarkan sejumlah perkara baru yang hadir, hampir sama seperti pada iOS 14. Selain daripadanya, kini Apple turut menawarkan sokongan mengenal-pasti coretan dan mengubahnya kepada teks. Ini sekaligus akan memudahkan pengguna melakukan beberapa perkara dengan pantas, terutamanya ketika ingin membalas mesej atau melakukan carian di Safari.
Selain daripada itu, ciri carian pada iPad turut telah dikemaskini, Ia kini membawakan rekaan kompak, sekaligus memudahkan pengguna mengaktifkannya dari mana-mana, dan melakukan carian dengan pantas – lebih kurang sama seperti pada macOS.
Ciri baru ini bersama-sama yang lain akan menyusul ke iPad dalam masa beberapa bulan lagi melalui iPadOS 14.