Ini Senarai Peranti Yang Akan Menerima iOS 14, iPadOS 14 Dan macOS Big Sur

Ini Senarai Peranti Yang Akan Menerima iOS 14, iPadOS 14 Dan macOS Big Sur

Diterbitkan pada June 23, 2020 oleh .

Selamat pagi dan anda pasti telah membaca beberapa artikel mengenai pengumuman Apple yang dilakukan ketika acara WWDC. Terlalu banyak ciri baharu diperkenalkan bersama dengan pengumuman mengejutkan mengenai pertukaran ke cip keluaran sendiri untuk MacBook. Namun begitu kami yakin lebih ramai ingin mengetahui sama ada peranti-peranti Apple milik mereka akan dikemaskini ke versi terkini.

Apple iOS 14Bagi yang kurang maklum, kemas kini iOS 14, iPadOS 14 dan MacOS Big Sur akan diberikan pada peranti terpilih pada musim luruh kelak. Berita baik bagi anda ialah Apple telahpun menerbitkan senarai peranti-peranti ini. Seperti biasa sokongan untuk iPhone diberikan kepada model yang sudah berusia hampir lima tahun. Jadi adakah peranti-peranti Apple anda ada di dalam senarai di bawah?

iPhone yang akan menerima iOS 14

  1. iPhone 6s
  2. iPhone 6s Plus
  3. iPhone SE 2016
  4. iPhone 7
  5. iPhone 7 Plus
  6. iPhone 8
  7. iPhone 8 Plus
  8. iPhone X
  9. iPhone XR
  10. iPhone XS
  11. iPhone XS Max
  12. iPhone 11
  13. iPhone 11 Pro
  14. iPhone 11 Pro Max
  15. iPhone SE 2020
  16. iPod touch (Gen 7)

iPad yang akan menerima kemas kini iPadOS 14

  1. iPad (Gen 5)
  2. iPad (Gen 6)
  3. iPad (Gen 7)
  4. iPad Air (Gen 3)
  5. iPad Air 2
  6. iPad mini (Gen 5)
  7. iPad mini 4
  8. iPad Pro 10.5-inci
  9. iPad Pro 11-inci (Gen 1)
  10. iPad Pro 11-inci (Gen 2)
  11. iPad Pro 12.9-inci (Gen 1)
  12. iPad Pro 12.9-inci (Gen 2)
  13. iPad Pro 12.9-inci (Gen 3)
  14. iPad Pro 12.9-inci (Gen 4)
  15. iPad Pro 9.7-inci

MacBook yang akan menerima MacOs Big Sur

  1. iMac (2014 dan ke atas)
  2. iMac Pro (2017 dan ke atas)
  3. MacBook (2015 dan ke atas)
  4. MacBook Air (2013 dan ke atas)
  5. MacBook Pro (lewat 2013 dan ke atas)
  6. Mac mini (2014 dan ke atas)
  7. Mac Pro (2013 dan ke atas)


TIPS & ULASAN