Kita sedia maklum, Samsung Galaxy Z Flip dipercayai yang pertama menggunakan skrin ultra nipis (UTG). Panel boleh lipat yang lebih tahan lasak berbanding skrin plastik sahaja.
Terbaharu, terdapat desas-desus yang mendakwa bahawa Huawei dan Xiaomi telah membeli panel UTG. Ini sekaligus memberikan petanda awal bahawa peranti boleh lipat keluaran mereka yang akan datang bakal menggunakan teknologi ini pada skrinnya kelak. Pendedahan ini sebenarnya sedikit sebanyak memberi kita gambaran kasar bahawa Huawei dan Xiaomi dalam perancangan lebih baik untuk peranti akan datang mereka.
Bagaimanapun, maklumat dikongsi masih di-peringkat ura-ura awal. Namun jika ianya benar, kita bakal melihat Huawei dan Xiaomi bakal menggunakan teknologi yang sama kelak. Imbas kembali, Huawei sebelum ini telah muncul dengan dua peranti boleh lipatnya iaitu Huawei Mate X dan Mate XS. Manakala, Xiaomi pula memperkenalkan Mi MIX Alpha, namun ia masih lagi sebuah peranti konsep.