Cari @ Amanz

Western Digital Mengemaskini Siri Cakera Keras WD Gold Dengan Pilihan Storan Sebesar 18TB

Oleh Nazrin

Link Copied!

Western Digital ialah sebuah jenama storan digital yang cukup terkenal untuk pilihan mereka yang merangkumi pelbagai jenis penggunaan dan industri.

Terkini, mereka dilihat telah mengemaskini pilihan storan WD Gold mereka dengan memperkenalkan model 18TB yang baru. Sebelum ini, pilihan cakera keras tersebut terhad sehingga model dengan storan bersaiz 14TB sahaja.

Sama seperti cakera keras WD Gold yang lain, model terbaru ini menggunakan teknologi HelioSeal dimana ruang penyimpanan cakera diisi dengan gas helium. Ia menggunakan teknologi rakaman CMR (Conventional Magnetic Recording) dan mempunyai kelajuan pusingan 7200RPM.

Dari segi kelajuan penulisan data, Western Digital mengatakan bahawa ia boleh menulis data berterusan selaju 267MB/s dan mempunyai MTBF (Mean Time Before Failure) selama 2.6 juta jam.

Storan WD Gold 18TB ini sudahpun mula dijual di beberapa pasaran terpilih seperti SPAN di UK pada harga £520 (~RM2780).


Komen ()