Cari @ Amanz

MSI Akan Membangunkan Pusat Membina Komputer Di Amerika Syarikat – Memperkenalkan Siri Gaming MIA

Oleh Nazrin

Link Copied!

Jenama komputer dan komponen terkemuka MSI baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan membuka sebuah pusat membina komputer di Amerika Syarikat.

Pusat komputer tersebut dilaporkan akan membangunkan komputer sedia-pakai dibawah siri MIA ataupun Made In Amerika yang terdiri daripada empat model komputer desktop yang berbeza.

Menurut Tom’s Hardware, tujuan pembangunan pusat pembinaan komputer ini dan model MIA ini adalah untuk menyatukan dan memudahkan penghantaran komponen-komponen mereka didalam Amerika Syarikat.

Empat model komputer gaming yang akan diperkenalkan dibawah nama Made In Amerika ini termasuklah MSI Aegis RS, MSI Aegis R, MSI Codex R dan MSI Aegis SE.

Kesemua komputer-komputer ini akan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel generasi kesepuluh Comet Lake dari Intel Core i5-10400F ke Intel Core i7-10700 ke Intel Core i9-10900K dan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 Super ke NVIDIA GeForce RTX 2080 Super.

Walaupun begitu, komputer-komputer ini hanya akan dipasang di Amerika Syarikat, dan masih akan menggunakan komponen-komponen yang dibangunkan di China dan juga Taiwan.


Komen ()