Cari @ Amanz

Fungsi AirDrop Untuk Android “Nearby Sharing” – Mungkin Boleh Digunakan Melalui Chrome

Link Copied!

Nearby Sharing adalah jawapan Google kepada AirDrop dari Apple. Ia adalah fungsi memindahkan fail dari satu peranti ke peranti lain menggunakan teknologi WiFi dan Bluetooth rendah tenaga. Apple sudah hadir dengan fungsi ini bertahun lamanya, hanya sejak Google mematikan fungsi Android Beam pada Android 10 – mereka ingin mencari alternatif. Google menguji dengan Files Go terlebih dahulu, namun penggunaannya adalah terhad.

Nearby Sharing sudah kedengaran sejak Januari lagi, tetapi sehingga beta Android 11 – fungsi ini masih tidak diaktifkan. Nampaknya, Google mungkin sedang memastikan Nearby Sharing ini benar-benar stabil dan tidak terhad kepada peranti Android sahaja. Ia berkemungkinan besar akan berfungsi secara rentas-platform antara Chrome OS, Windows, macOS, dan Linux melalui pelayar web Chrome. Kod binaan Nearby Sharing baru-baru ini dilihat muncul dalam Chrome.

Bila ia akan diperkenalkan? Kami rasa dalam Android 11 juga, cuma dalam versi beta akan datang atau mungkin juga dalam versi akhir nanti. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.


Komen ()