Carian
Spotify Memulakan Ujian Memaparkan Pautan Iklan Dalam Bentuk Kod Promo Pada Podcast
June 23, 2020 Fahim Zahar

Sejak awal tahun lagi kita sudah kedengaran yang Spotify bakal menyertakan iklan pada platform penstriman muzik mereka. Mereka telah pun membangunkan teknologi memasukkan iklan dalam podcast, tetapi masih belum diimplementasikan lagi. Iklan ini pula akan dipaparkan mengikut data-data pengguna yang mereka kumpul dari umur, jantina, peranti yang sedang digunakan, dan tingkah laku pendengaran.

Terkini, Spotify dilihat telah memulakan ujian memaparkan iklan pada podcast mereka. Apa yang menariknya adalah, iklan ini tidak akan hadir dalam bentuk audio yang akan mengganggu pengalaman pendengaran. Sebaliknya ia akan dipaparkan dalam bentuk kod promo yang mana adalah pautan untuk ke laman web yang membuat iklan tersebut. Iklan ini adalah bagi membantu pencipta kandungan menjana wang dari menerbitkan kandungan podcast mereka dalam Spotify. Buat masa ini, iklan ini adalah terhad dan belum lagi menyeluruh. Menariknya, iklan ini tidak menjengkelkan dan hanya dipaparkan dalam rekaan cards yang ringkas dan minimal.

Komen