Ketika wabak Covid-19 sedang memuncak beberapa minggu yang lalu, terdapat puluhan kes tular golongan yang meminta bantuan secara atas talian bagi memberikan pertolongan. Dapat dilihat di media sosial komentar dari orang ramai yang marah kerana asnaf tidak menerima bantuan dari pihak jabatan agama negeri masing-masing. Di Wilayah Persekutuan, proses melaporkan asnaf kini boleh dilakukan terus menerusi aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJA).
Aplikasi ini memudahkan orang ramai melaporkan asnaf yang memerlukan bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Anggota MAIWP sendiri boleh melihat status asnaf menerusi aplikasi yang sama. Orang yang melaporkan kes kemudian juga boleh melihat status laporan mereka.
Dengan ini teknologi terkini digunakan untuk menyelesaikan masalah ummah yang dilihat boleh merosakkan imej agama sekiranya tidak ditangani dengan segera. Pada waktu ini MoJA hanya ditawarkan untuk peranti Android sahaja.
- Muat turun aplikasi Mobile Jejak Asnaf MAIWP