Cari @ Amanz

Apple tvOS 14 Menambah Sokongan Memainkan Video 4K Pada YouTube

Link Copied!

tvOS adalah sistem operasi untuk kotak set Apple. Ia tidak dinafikan mempunyai antaramuka yang menarik dan intuitif, tetapi ia masih banyak kekurangan jika dibandingkan dengan Android TV. Salah satunya adalah YouTube tidak boleh memainkan video 4K, walaupun televisyen yang digunakan adalah 4K.

Terkini pada acara WWDC 2020 malam tadi, melalui tvOS 14 – YouTube akhirnya boleh memainkan video 4K dengan mudah. Aplikasi Home untuk mengawal peranti berhubung kini dibina terus melaluiĀ Home view pada tvOS 14, dengan integrasi kamera dan lebih mudah mengakses platform penstriman Apple TV. Apple turut membawa sokongan gambar-dalam-gambar pada tvOS 14 dan menyokong alat kawalan jauh Xbox Elite 2 dan alat kawalan Xbox Adaptive untuk bermain permua Apple Arcade.

Oh ya, sokongan AirPods untuk pertukaran tambatan automatik turut boleh digunakan pada tvOS 14 ini. Buat masa ini, ia masih dalam bentuk beta pembangunan. Versi beta yang lebih mudah digunakan oleh orang ramai dijangka tiba pada Julai ini, sama-sama kita nantikan,


Komen ()