Carian
Microsoft Menamatkan Mixer – Memindahkan Pengguna Ke Facebook Gaming
June 23, 2020 Aman

Microsoft kini telah mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan sosial dan penstriman permainan video mereka, dinamakan Mixer. Microsoft mengatakan bakal menamatkan penawaran Mixer ini pada 22 Julai 2020 kelak.

Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan Mixer sebagai sebuah pesain gperkhidmatan memfokuskan permainan – termasuk mencabar perkhidmatan seperti YouTube Gaming dan juga Twitch.

Malah, Microsoft turut telah mendapatkan beberapa personaliti esukan dan permainan terkemuka ke platform Mixer secara eksklusif, termasuk seperti Ninja dan juga Shroud.

Microsoft tidak memberikan sebab mengapa perkhidmatan ini ditamatkan. Apa pun, Microsoft kini mengatakan pelbagai kerjasama mereka akan dipindahkan ke Facebook Gaming selepax Mixer ditamatkan pada 22 Julai 2020 kelak.

Mixer sebelum ini telah diperkenalkan oleh Microsoft pada 2017 yang lepas.

Komen