Sehingga kini, Apple tidak membenarkan pengguna untuk mengubah aplikasi utama pada iPad – sekaligus memerlukan pengguna menggunakan aplikasi daripada Apple sendiri untuk pengurusan, termasuk seperti penggunaan Mail untuk emel, dan Safari untuk pelayar web.
Apa pun, kini melalui iPadOS 14 dan iOS 14, Apple memperkenalkan ciri baru yang membolehkan pengguna mengubah aplikasi emel dan pelayar web utama. Ini sekaligus memberikan ruangan untuk pengguna mengubah aplikasi emel dan pelayar web ke aplikasi pihak ketiga lain seperti GMail, Chrome, Outlook dan sebagainya.
Perubahan ini boleh dikatakan salah satu perubahan besar yang dibawakan oleh Apple – sekaligus membuka ruangan untuk aplikasi pihak ketiga lain menjadi popular dan digunakan dalam pengurusan emel dan pelayaran web.
Buat masa ini, info berkaitan penggunaan ciri ini masih tidak diketahui sepenuhnya lagi. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.