Twitter hari ini telah mengumumkan sejumlah kemaskini pada perkhidmatan mereka, dan pada masa yang sama mengumumkan mereka telah menamatkan sokongan Internet Explorer 11 untuk Twitter.com.
Dengan perubahan ini, ia Twitter kini menyokong pelayar web moden seperti Chrome, Safari, Firefox dan Microsoft Edge, selain pelbagai pelayar web berasaskan Chromium.
Pada masa yang sama, beberapa ciri baru yang telah diumumkan adalah akses pantas untuk DM, selain kemudahan untuk draf Tweet dan menghantar atau menjadualkan penghantarannya pada kemudian masa.