Cari @ Amanz

Volkswagen hari ini telah mengumumkan pengenalan kedai atas-talian rasmi mereka melalui Shopee, sekaligus menawarkan lebih kemudahan untuk para pengguna mendapatkan kereta keluaran mereka dengan mudah.

Volkswagen 7.7 Sale

Bersempena dengan pengenalan kedai atas-talian ini, pihak Volkswagen turut menawarkan baucar pada harga RM199 yang boleh dibeli melalui Shopee, sekaligus menawarkan ganjaran bernilai antara RM4279 sehingga RM14819, bergantung kepada model kenderaan yang dibeli. Ganjaran ini termasuk pakej penjimatan, penghantaran ke rumah daripada pengedar, dan beberapa pakej yang lain.

Volkwagen mengatakan pengguna akan menerima notifikasi selepas membeli baucar berkaitan, dan seterusnya boleh memilih pengedar berdekatan untuk meneruskan urusan jual-beli.

Dengan langkah terbaru ini, kita mungkin melihat pelbagai jenama lain turut mula menawarkan produk mereka secara aktif atas-talian, sekaligus memudahkan lagi proses pembelian ketika era norma baharu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd