Cari @ Amanz

Honor Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Honor 9A. Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi asas, menggunakan Huawei AppGallery, dan dilengkapi bateri bersaiz 5000mAh.

HONOR 9A

Dari segi spesifikasi, Honor 9A hadir dengan skrin 6.3-inci, dijana dengan cip MediaTek Helio P22, memori 3GB RAM, dan storan 64GB. Ia hadir dengan bateri 5000mAh, selain dilengkapi dengan kedai aplikasi tersendiri Huawei AppGallery.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah tri-kamera belakang gabungan 13MP + 5MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman). Untuk rakaman swafoto, ia menggunakan kamera hadapan 8-megapixel.

Di Malaysia, Huawei 9A akan ditawarkan pada harga RM549 bermula 26 Jun ini melalui Shopee dan Lazada. Ia akan ditawarkan melalui kedai fizikal bermula 6 Julai kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd