Cari @ Amanz

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 sebelum ini sepatutnya telah dijadualkan untuk diadakan antara 27 Mac sehingga 5 April lepas. Namun, disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, ia telah ditangguhkan.

PBAKL Shopee

Kini, dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, pihak penganjur Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dilihat telah mengambil langkah alternatif dalam penganjuran penjualan buku pada harga diskaun, dan akan mengadakannya secara atas-talian.

Pesta Buku secara atas-talian ini akan diadakan antara 25 Jun 2020 sehingga 8 Julai 2020 kelak. Ia akan menggunakan platform edagang Shopee dalam penganjurannya, dan turut menawarkan diskaun sehingga 50%.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menandakan halaman PBAKL di Shopee, dan menyemaknya kembali pada penghujung minggu ini dalam mendapatkan buku-buku yang anda minati.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd