Amazon Prime Video Kini Mempunyai Aplikasi Untuk Windows 10

Amazon Prime Video Kini Mempunyai Aplikasi Untuk Windows 10

Diterbitkan pada June 24, 2020 oleh .

Amazon Prime Video adalah platform penstriman video dari Amazon yang turut bersaing dengan Netflix. Seperti Netflix, Prime Video turut memfokuskan kepada kandungan asli melalui siri TV atau filem Amazon Original. Tetapi untuk filem, Prime Video tidak sehebat dengan Netflix – kehebatan mereka dilihat lebih banyak pada siri TV sahaja. Selama ini, Prime Video hanya boleh ditonton di Amerika Syarikat, tetapi ia turut boleh ditonton di Malaysia tanpa sebarang masalah – cuma dengan bayaran langganan dalam bentuk USD dan kandungan yang lebih terhad.

Prime Video juga terhad pada televisyen pintar, iOS, Android dan melalui laman web sahaja. Terkini, bagi memudahkan lagi pengguna – Prime Video akhirnya hadir dengan aplikasi untuk Windows 10. Secara tidak langsung mengikut jejak langkah Netflix yang sudah sekian lama mempunyai aplikasi untuk Windows. Aplikasi Windows ini dilihat agak kemas dan mudah digunakan. Dalam percubaan pada komputer riba saya, ia dilihat tergendala dan tidak boleh log masuk. Anda pula bagaimana?

Muat Turun Amazon Prime Video Di Microsoft Store



TIPS & ULASAN