Microsoft Mengemaskini Aplikasi Skype Untuk Windows – Kini Berasaskan Electron

Microsoft Mengemaskini Aplikasi Skype Untuk Windows – Kini Berasaskan Electron

Diterbitkan pada June 24, 2020 oleh .

Skype adalah platform panggilan video yang agak popular. Tetapi tahun demi tahun, populariti Skype semakin berkurangan apabila WhatsAp, Instagram, Facebook Messenger dan banyak lagi aplikasi media sosial lain sedia terbina dengan fungsi panggilan video. Tetapi itu tidak bermakna Skype akan mati begitu sahaja, ia masih mempunyai pengguna setia tidak kira individu atau perusahaan.

Terkini, Microsoft telah mengemaskini aplikasi Skype kepada versi 8.61 (Windows 10 versi 15). Ia kini berasaskan Electron dan tidak lagi berasaskan React Native. Dalam kemaskini ini, ia turut memperkenalkan kemampuan panggilan video sehingga sembilan orang, kemampuan menukar latar belakang, kongsi fail terus dari File Explorer, kawalan panggilan telefon yang lebih baik dan banyak lagi.

Walaupun ada banyak ciri dan fungsi baru, ramai akan kurang menggemari versi ini kerana ia berasaskan Electron. Seringkali, mana-mana perisian yang dibina berasaskan Electron akan menggunakan RAM yang banyak. Secara tidak langsung akan menjadikan sistem mudah tergendala, lengah masa atau menjadi perlahan pada tahap yang menjengkelkan. Apa-apa pun, jika anda pengguna Skype – tiada apa-apa yang anda boleh lakukan kecuali dengan berhijrah ke platform lain atau gunakan sahaja Skype pada Android atau iOS.



TIPS & ULASAN